Cari @ Amanz

Sony sebelum ini telah melancarkan Xperia XZ1 di Malaysia pada bulan September lepas. Kini, selang sebulan sejak pelancarannya, Sony Malaysia turut telah mula menawarkan versi kompak untuk peranti berkenaan, dinamakan Sony Xperia XZ1 Compact.

Sony Xperia XZ1

Sony Xperia XZ1 Compact hadir dengan skrin 4.6-inci dengan paparan HD, dilengkapi cip Snapdragon 835, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 32GB. Telefon pintar ini turut dilengkapi kamera belakang 19-megapixel, serta kamera hadapan 18-megapixel.

Melalui peranti ini, salah satu ciri yang difokuskan oleh Sony adalah keupayaan rakaman 3D menggunakannya, membolehkan anda mengimbas wajah dan menggunakannya dalam bentuk 3D – serta menghasilkan animasi AR menggunakannya.

Xperia XZ1 Compact juga hadir dengan sistem operasi Android 8.0 Oreo, dengan penambahan minimal pada antaramuka oleh Sony.

Di Malaysia, Xperia XZ1 Compact berharga RM2099.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd