Google Pixel 2 XL baru sahaja memasuki pasaran dan mendapat pujian dari segi kemampuan kamera. Tetapi kesemua ulasan memberikan komen negatif mengenai skrin P-OLED yang memaparkan warna kurang bermaya. Kini muncul pula laporan masalah tunaskrin (burn-in) pada paparan yang sama.
That's some pretty wild OLED burn-in on the Pixel 2 XL after maybe 7 days of full-time use pic.twitter.com/EPJTs6D0Kg
— Alex Dobie (@alexdobie) October 22, 2017
Masalah mula disedari pengguna yang menerima peranti lebih awal. Selepas digunakan selama dua minggu, butang navigasi di atas skrin meninggalkan tunaskrin yang agak ketara. Pihak Google telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengatakan mereka akan menyiasat masalah terkini ini. Setakat ini masalah hanya dilaporkan pada peranti Pixel 2 XL. Google Pixel 2 setakat ini masih bebas dari sebarang masalah.