Cari @ Amanz

Redmi Note 5 merupakan salah satu telefon pintar yang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia. Terkini, sebuah peranti baru telah melepas pengesahan TENAA di China, dan peranti berkenaan dikatakan sebagai Redmi Note 5 yang akan datang.

Daripada gambar yang tertiris, ia memperlihatkan penggunaan skrin 18:9 yang menjadi trend pada tahun ini.

Redmi Note 5

Menurut info yang tertiris, ia dikatakan bakal menyertakan skrin 5.99-inci, dilengkapi bateri 4000mAh, menyertakan kamera belakang 12-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel. Peranti ini turut dilengkapi pengimbas cap jari dibelakang, dan dilengkapi antaramuka MIUI9.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada ini adalah Redmi Note 5 ataupun peranti lain dibawah siri Redmi. Dengan pengesahan melalui TENAA ini, mungkin kita akan melihat ia dilancarkan secara rasminya tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd