Berbeza dengan sasaran awal sebelum ini, pihak Sony kini telah mula menawarkan kemaskini Android 8.0 Oreo untuk para pengguna Xperia XZ Premium bermula hari ini. Sekiranya anda menggunakan telefon berkenaan, anda boleh menyemak kemaskini pada peranti anda, dan menggunakan sejumlah ciri-ciri baru yang dibawakan olehnya.
Antaranya adalah sokongan membuat rakaman 3D – yang mana telah diperkenalkan pada Xperia XZ1 sebelum ini, sokongan audio yang lebih baik, Predictive Capture, serta beberapa penambah-baikkan baru.
Sony mengatakan kemaskini ini ditawarkan secara berperingkat kepada semua pengguna seluruh dunia.