Pada minggu lepas, Huawei telah melancarkan telefon pintar Huawei Mate 10 secara rasminya, dan membuka pra-tempahan sejak 19 Oktober 2017 lepas untuk pasaran tempatan.
Kini, berkongsi mengenainya, Huawei Malaysia mengatakan yang mana 10,000 unit Huawei Mate 10 yang ditawarkan untuk pra-tempahan sejak 19 Oktober berkenaan kini telah pun habis ditempah – dan pengguna yang ingin membelinya perlu menantikan 28 Oktober kelak untuk mendapatkannya.
Huawei Mate 10 hadir dengan skrin 5.9-inci pada nisbah 16:9, dilengkapi cip Kirin 970, memori 4GB RAM, dan bateri berkapasiti 4000mAh. Peranti ini turut menggunakan dwi-kamera Leica dibelakang – yang mana menerima skor yang baik daripada mereka yang telah mengujinya.
Di Malaysia, Huawei Mate 10 ditawarkan pada harga RM2699. Selain versi biasa, Huawei Mate 10 Pro dijangka akan dipasarkan pada November kelak.