Cari @ Amanz

Desas-desus mengenai OnePlus 5T telah kedengaran sejak beberapa minggu lepas. Perkara ini sedia dijangka ramai, apatah lagi pada tahun lepas OnePlus telah memperkenalkan OnePlus 3T pada bulan November – dan ramai menyasarkan kemaskini OnePlus 5T dijangka diumumkan pada waktu yang lebih kurang sama tahun ini.

Pihak OnePlus masih tidak berkongsikan apa-apa mengenainya, tetapi kini pihak AndroidAuthority telah memperolehi sebuah gambar acah daripada sumber terdekat – memperlihatkan secara kasar rekaan OnePlus 5T kelak.

OnePlus 5T

Daripada apa yang dilihat, ia menggunakan rekaan hampir nirbingkai, dan berkemungkinan tidak menyertakan pengimbas cap jari pada bahagian hadapan. Ia dikatakan mungkin menyertakan rekaan skrin 6-inci dengan nisbah skrin 18:9 – lebih kurang seperti Oppo R11s yang dinantikan untuk pelancaran pada November ini.

Info lanjut mengenainya masih menjadi tanda-tanya buat masa ini.

Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenai penaik-tarafan kepada OnePlus 5 ini tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd