Essential Phone Diberi Potongan Harga 30% Di Amerika Syarikat

Essential Phone Diberi Potongan Harga 30% Di Amerika Syarikat

Diterbitkan pada Okt 24, 2017 oleh .

Essential Phone ialah percubaan pertama Bapa Android Andy Rubin untuk menghasilkan peranti rekan sendiri. Beliau menjanjikan sebuah peranti premium yang terbaik di pasaran dengan sokongan aksesori modular. Percubaan pertama ini menerima sambutan yang kurang menggalakkan kerana kamera yang kurang baik dan harga jualan yang agak mahal.

Essential Phone

Kerana jualan peranti yang kurang memberangsangkan dengan laporan mengatakan hanya 5.00 terjual setakat ini, Essential Phone telah diberi potongan harga. Ia kini dijual di Amerika Syarikat pada harga $499 (~RM 2115) sebuah. Ini adalah potongan harga hampir 30% berbanding harga asal $699 (~RM 2962).

Bagi pengguna yang sudah memiliki Essential Phone, mereka akan menerima kod khas yang membolehkan mereka menerima kredit sebanyak $200 untuk pembelian aksesori kamera atau sebuah lagi peranti.


TIPS & ULASAN