Samsung Mempatenkan Sistem Imbasan Jari Terbina Pada Skrin – Mungkin Digunakan Pada Galaxy S9

Samsung Mempatenkan Sistem Imbasan Jari Terbina Pada Skrin – Mungkin Digunakan Pada Galaxy S9

Diterbitkan pada Okt 24, 2017 oleh .

Ura-ura awal sebelum Galaxy S8 dilancarkan ialah ia bakal dilengkapi sistem imbasan cap jari terbina pada skrin. Tetapi selepas ia dilancarkan jelas sekali ura-ura ini tidak benar sama sekali. Samsung akhirnya terpaksa meletakkan pengimbas cap jari pada panel belakang dan menerima kritikan kerana ia sukar untuk diakses.

Terkini sebuah paten telah difailkan oleh Samsung untuk sistem imbasan cap jari terbina pada skrin. Lokasinya terletak pada bahagian bawah skrin. Ini adalah sama seperti sistem yang diperlihatkan oleh Qulacomm pada peranti Vivo di MWC Shanghai pertengahan tahun ini. Tidak seperti Apple, Samsung merasakan pengguna masih memerlukan pengimbas cap jari dan bukannya imbasan wajah. Bagaimana pula dengan pembaca Amanz? Sistem imbasan biometri manakah yang anda pilih?


TIPS & ULASAN