Carian
Jualan iPhone 8 Dilaporkan Lebih Rendah Berbanding iPhone 6S Bulan Lalu
October 24, 2017 Effi Saharudin

Jualan iPhone 8 yang rendah sudah kami laporkan minggu lalu. Ini menyebabkan Apple dilaporkan telah mengurangkan produksi iPhone 8 untuk bulan November. Pengguna nampaknya menyimpan wang untuk iPhone X yang dirasakan adalah lebih berbaloi walaupun dijual pada harga yang tinggi. Tetapi sejauh manakah jualan iPhone 8 terjejas tahun ini?

Menurut laporan pungutan suara yang dilakukan oleh Consumer Intelligence Research Partners (CIRP) di Amerika Syarikat, iPhone 8/8 Plus menyumbang kepada 16% jualan iPhone pada bulan September. iPhone 6S/6S Plus pula menyumbang kepada 24% jualan. Peranti yang terhangat masih lagi iPhone 7/7 Plus yang menyumbang kepada 58% jualan. Potongan harga yang diberikan oleh Apple adalah faktor mengapa jualan model tahun lalu ini meningkat.

Data ini hanya boleh digunapakai untuk pasaran Amerika Syarikat tetapi tidak mengejutkan. Di Malaysia suasana pelancaran iPhone 8 kami adalah suram berbanding tahun lalu tanpa majlis khas yang sering dilakukan pada waktu tengah malam. Jualan iPhone X dijangka meletup pada bulan November dan di Malaysia perkara yang sama akan berlaku walaupun harga jualannya melangkaui RM5000 sebuah.

Komen