Grand Theft Auto 5 Disahkan Tidak Akan Menerima DLC Permainan Solo

Grand Theft Auto 5 Disahkan Tidak Akan Menerima DLC Permainan Solo

Diterbitkan pada Okt 24, 2017 oleh .

Pejam celik Grand Theft Auto 5 kini telah berusia empat tahun. Sungguhpun telah agak berusia, ia masih boleh ditemui di dalam senarai carta 10 permainan terhangat di platform PC setiap bulan. Setakat ini sebanyak 80 Juta salinan GTA 5 telahpun dijual. Bagi peminat yang inginkan DLC permainan solo, berita hari ini akan mengecewakan anda.

Di dalam temubual bersama Game Informer, pengarah rekaan Rockstar Imran Sarwar mengesahkan DLC permainan solo tidak akan dihasilkan untuk permainan ini. Menurut beliau GTA 5 sudahpun dijual sebagai pakej lengkap dengan pelbagai misi yang membenarkan tiga watak dimainkan. Skala permainan yang amat besar turut menyukarkan misi solo ditambah. Beliau juga mengatakan pembangunan Red Dead Redemption 2 yang sedang giat dilakukan turut menjadi faktor.

Temubual ini pastinya mengecewakan peminat GTA kerana sebelum ini DLC permainan solo dihasilkan oleh Rockstar. Tumpuan lebih diberikan kepada GTA Online yang menerima pelbagai kemaskini dan DLC. Ini ialah masa depan permainan moden di mana mod solo akan dianaktirikan kerana mod atas talian lebih menguntungkan pembangun.


TIPS & ULASAN