iPhone 7 Dengan Storan 256GB Tidak Lagi Ditawarkan Oleh Apple

iPhone 7 Dengan Storan 256GB Tidak Lagi Ditawarkan Oleh Apple

Diterbitkan pada Okt 24, 2017 oleh .

Storan yang besar pada peranti adalah antara faktor pembelian peranti oleh pengguna. Pada peranti yang tidak menyokong kad mikroSD, storan yang besar memastikan pengguna tidak perlu risau kekurangan ruang di masa hadapan. Bagi yang inginkan iPhone 7 dan 7 Plus dengan storan 256GB, anda perlu membelinya segera kerana ia tidak lagi akan ditawarkan oleh Apple.

Sekiranya anda ke laman rasmi Apple, hanya storan 32GB dan 128GB sahaja ditawarkan untuk kedua-dua peranti. Pilihan storan 256GB hanya ditawarkan pada iPhone 8, 8 Plus dan X. Penghentian model iPhone 7 dengan storan besar ini telah disahkan sendiri wakil Apple menurut laporan Mashable. Sekali kepada mereka yang inginkan model dengan storan terbesar anda perlu membelinya sekarang dari penjual rasmi sebelum ia tidak lagi boleh dimiliki.


TIPS & ULASAN