Acer Spin 5 Bakal Memasuki Pasaran Malaysia – Hadir Dengan CPU Intel Coffee Lake Dan Kad Grafik NVIDIA GTX 1050

Acer Spin 5 Bakal Memasuki Pasaran Malaysia – Hadir Dengan CPU Intel Coffee Lake Dan Kad Grafik NVIDIA GTX 1050

Diterbitkan pada Okt 24, 2017 oleh .

Acer memperkenalkan beberapa siri laptop dan komputer terbaru mereka di acara IFA di Berlin beberapa bulan lepas, dan kini Acer Malaysia baru sahaja membawa masuk beberapa peranti tersebut, dan diantaranya ialah Acer Spin 5.

Dari segi spesifikasi, laptop ini hadir dengan dua model dengan paparan berbeza. 13.3 inci dan juga 15.6 inci yang hadir dengan resolusi bersaiz 1920×1080 pixel. Dari segi spesifikasi, model 13.3 inci hadir dengan CPU Intel Core i5 dan i7 Coffee Lake, memori DDR4 sebanyak 8GB dan juga storan SSD sebesar 256GB.

Apa yang menarik mengenai laptop ini ialah ia sebuah laptop convertible, dimana anda boleh memusing paparan laptop ini untuk menjadikannya sebuah tablet, ataupun paparan untuk menonton video tanpa perlu risau akan gangguan visual daripada papan kekunci dan sebagainya. Bagi mereka yang sering bekerja lama dan suka menonton video, Acer juga menyatakan bahawa laptop ini mempunyai bateri yang mampu bertahan sehingga 13 jam.

Untuk model Spin 5 dengan paparan 15.6 inci, ia juga hadir dengan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1050, dan laptop ini salah sebuah laptop convertible pertama yang hadir dengan kad grafik khusus, memudahkan anda melakukan tugasan seperti mengekod video ataupun bermain permainan komputer.

Laptop Acer Spin 5 ini akan hadir di pasaran Malaysia pada bulan November kelak, pada harga RM3599 dan RM4399 untuk model paparan 13.3 inci, manakala model 15.6 inci dengan kad grafik NVIDIA GTX 1050 pula akan hadir pada tanda harga RM4999.


TIPS & ULASAN