Cari @ Amanz

Dua bulan lalu, kami ada melaporkan mengenai laptop Acer Swift 3 yang telahpun hadir di pasaran Malaysia. Ia mempunyai spesifikasi yang cukup hebat, termasuklah penggunaan CPU Intel generasi kelapan Coffee Lake, memori DDR4 sebanyak 8GB dan juga storan SSD sebesar 256GB dan bateri yang boleh bertahan selama 10 jam.

Hari ini, Acer Malaysia mengumumkan kehadiran sebuah model laptop Acer Swift 3 yang terbaru dan ia hadir dengan kad grafik NVIDIA GeForce MX150. Model ini juga hadir dengan paparan bersaiz 15.6 inci dengan resolusi Full HD 1920×1080 pixel. Spesifikasi lain seperti CPU, memori dan storan semuanya sama seperti Swift 3 yang dilancarkan tidak lama dahulu.

Menurut Acer Malaysia lagi, laptop Acer Swift 3 dengan kad grafik NVIDIA tersebut akan mula dijual tidak lama lagi pada tanda harga RM4299. Warna-warna model yang akan dibawa masuk ke pasaran tempatan pula termasuklah Stellar Blue dan Steel Grey.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd