Oppo F5 Hadir Dengan Tiga Versi Yang Boleh Dinyahkunci Menggunakan Sistem Imbasan Wajah

Oppo F5 Hadir Dengan Tiga Versi Yang Boleh Dinyahkunci Menggunakan Sistem Imbasan Wajah

Diterbitkan pada Okt 24, 2017 oleh .

Sistem imbasan wajah bukanlah fungsi baru tetapi kini mendapat perhatian semula selepas sistem Face ID diperkenalkan pada iPhone X.  Oppo hari ini mengesahkan Oppo F5 yang akan dilancarkan di Malaysia pada 2 November akan turut mempunyai sistem nyahkunci peranti dengan menggunakan imbasan wajah.

Menurut Oppo sistem nyahkunci Facial Unlock yang digunakan pada peranti mesra selfie ini hanya mengambil masa 0.4 saat untuk mengenali wajah pengguna. Kerana ia peranti di bawah payung BBK Electronics, ia mungkin adalah sistem yang mempunyai persamaan dengan Face Access pada Vivo V7+.

Pada video promosi di atas turut disahkan ialah peranti ini akan hadir dalam tiga pilihan versi iaitu Oppo F5, F5 6GB dan F5 Youth. Ini sekaligus mengesahkan risalah peranti yang tertiris dari Thailand minggu lalu.


TIPS & ULASAN