Cari @ Amanz

Telefon pintar kini sudah menjadi alat elektronik yang digunakan hampir kesemua rakyat Malaysia kerana terjual pada harga yang semakin mampu milik. Selari dengan peningkatan penggunaan peranti pintar, jenayah yang dilakukan menerusi telefon pintar juga nampaknya meningkat pada kadar yang tinggi.

Telefon Android

Menurut laporan Astro Awani yang memetik data Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia, kes penipuan menerusi panggilan telefon dan  SMS sejak 2016 telah menyebakkan kerugian bernilai RM 113.11 Juta. Sebanyak 4500 kes telah dilaporkan sejak tahun lalu sehingga bulan ini.

Sehingga bulan ini 3,069 kes dilaporkan dan ini adalah peningkatan sebanyak  112%  berbanding 1,461 kes pada tahun 2016. Jumlah kerugian pula meningkat dari RM 42.6 Juta pada tahun 2016 ke RM 70.5 Juta tahun ini bersamaan dengan peningkatan sebanyak 66%.

Oleh itu pemilik peranti pintar harus lebih pintar untuk memerangi penjenayah yang pintar menggunakan teknik terkini untuk menipu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd