Cari @ Amanz

Pengecasan tanpa wayar disokong peranti Samsung secara rasmi sejak Galaxy S6. Sejak itu kesemua peranti utama mereka menyokongnya dan beberapa pengecas tanpa wayar dengan format Qi telah dilancarkan. Kini sebuah paten untuk pengecas tanpa wayar baru yang mampu mengecas dua peranti serentak telah ditemui.

Paten difailkan pada tahun April 2016 dan mengekalkan rekaan berbentuk bulat. Dari lakaran yang disertakan, dua telefon pintar atau sebuah telefon pintar dan jam tangan pintar boleh dicas secara serentak pada pengecas baru ini. Ini adalah kemampuan yang sama seperti Apple AirPower yang diperlihatkan oleh Apple baru-baru ini. Bagi pengguna yang mempunyai lebih dari satu peranti Samsung yang menyokong pengecasan tanpa wayar, ini ialah aksesori yang pasti diinginkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd