Cari @ Amanz

Telegram sebelum ini sedia mengumumkan sokongan sehingga lebih 10,000 pengguna untuk perbualan berkumpulan dibawah apa yang dinamakan Supergroups. Melalui Supergroups, sejumlah ciri-ciri pengurusan dan pentadbiran disediakan – sekaligus menjadikan hubungan antara komuniti melalui Telegram lebih baik berbanding kebiasaan, dan menambah pentadbir tambahan untuk sesuatu Group.

Telegram Messenger Groups

Kini, pihak Telegram terus meningkatkan had untuk sesuatu perbualan berkumpulan, dimana kini setiap Telegram Group boleh mempunyai had pengguna sehingga 30,000 orang pada sesuatu masa. Sokongan pengguna tambahan ini dijangka diperkenalkan secara berperingkat – dan mungkin akan dilihat oleh semua dalam beberapa hari lagi.

Selain daripada itu, baru-baru ini pihak Telegram turut telah memperkenalkan sokongan perkongsian lokasi masa-nyata pada aplikasi mereka, selain turut menambah sokongan untuk bahasa Malaysia pada kemaskini terbaru mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd