Cari @ Amanz

Google hari ini membawa salah satu ciri yang dinantikan ramai, iaitu sokongan integrasi daripada perkhidmatan web yang lain.

Melalui sokongan baru ini, pengguna boleh mengakses pelbagai perkhidmatan pihak ketiga lain terus pada GMail tanpa perlu meninggalkannya. Antara sokongan yang diumumkan bersempena pelancaran hari ini adalah termasuk Asana, Trello, QuickBooks dan sebagainya.

GMail Addons

Langkah ini akan meningkatkan lagi kadar produktiviti dikalangan pengguna. Pada hari ini, pelbagai klien emel sedia menawarkan sokongan lebih kurang sama – tetapi ia sangat menarik dan akan lebih popular memandangkan Google sendiri memperkenalkannya pada GMail.

Sokongan pemalam untuk GMail ini akan disokong pada web dan Android buat masa ini. Seperti biasa, ia diperkenalkan secara berperingkat kepada semua.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd