Kini Anda Boleh Menjemput Rakan Anda Untuk Turut Serta Dalam Instagram Live

Kini Anda Boleh Menjemput Rakan Anda Untuk Turut Serta Dalam Instagram Live

Diterbitkan pada Okt 25, 2017 oleh .

Instagram hari ini telah mula menawarkan kemaskini untuk pengguna Android dan iOS, dimana melalui kemaskini terbaru, salah satu ciri baru yang dibawakan adalah sokongan menjemput rakan anda untuk turut serta dalam Instagram Live yang dilakukan anda.

Instagram Live

Kini, apabila anda melakukan Instagram Live, anda akan melihat sebuah ikon dua wajah pada bahagian bawah. Anda boleh tap padanya, dan seterusnya memilih rakan-rakan atau pengikut anda yang sedang menonton untuk turut serta dalam Instagram Live anda.

Instagram Live

Kebolehan ini memudahkan anda untuk membincangkan sesuatu perkara dan mendapatkan maklumbalas serta berkongsi pendapat daripada sesiapa sahaja – walaupun berada di berlainan lokasi. Ini juga mungkin membantu syarikat penerbitan dan berita dalam menggunakan Instagram untuk membuat liputan langsung – serta mendapatkan komen daripada pakar.

Anda yang menggunakan Instagram boleh mencuba ciri ini hari ini, dan menghasilkan kandungan yang lebih menarik untuk pengikut anda melalui Instagram Live.


TIPS & ULASAN