Otohiko – Alat Peredam Bunyi Menghirup Mee Dihasilkan Di Jepun

Otohiko – Alat Peredam Bunyi Menghirup Mee Dihasilkan Di Jepun

Diterbitkan pada Okt 25, 2017 oleh .

Dunia semakin global tetapi adab ketika makan masih lagi mempunyai perbezaan budaya yang ketara. Misalnya di Barat adalah dianggap kurang beradab untuk makan dengan bising. Di Jepun menghirup mee dengan kuat dianggap bagus bagi memberikan petanda anda menikmati makanan yang dihidangkan. Bagi mengelakkan pergeseran budaya, Otohiko dihasilkan.

Otohiko ialah peredam bunyi menghirup mee bagi mereka yang tidak biasa dengan budaya Jepun. Ia disambungkan kepada garfu dan ditambat kepada peranti pintar. Apabila ia menangkap bunyi hirupan mee, ia akan mengarahkan peranti untuk menghasilkan bunyi lain yang “meredam” bunyi hirupan.

Alat aneh ini dibangunkan oleh syarikat Nissin yang merupakan pencipta mee segera. Sekiranya anda berminat Otohiko dijual pada harga ¥14,800 (~RM 550)  bermula Disember ini. Fakta menarik mengenai mee segera ialah ia dicipta pada tahun 1958 bagi memenuhi keperluan zat penduduk Jepun masih terjejas selepas Perang Dunia Kedua. Selepas hampir 60 tahun, mee segera kini dianggap makanan tidak berzat untuk insan yang kurang berkemampuan.


TIPS & ULASAN