Cari @ Amanz

Perkhidmatan Menyewa Jet Peribadi Untuk Sesi Bergambar Instagram Ditawarkan Di Russia

Link Copied!

Kebenaran sebenar di media sosial ialah ia dipenuhi dengan penipuan. Ramai memuat naik status gembira tetapi hati menggelodak dengan kesedihan. Ada yang mempamerkan barangan berjenama tetapi sebenarnya hanya produk Jalan Petaling. Bagi yang mahu mempamerkan kehidupan seperti hartawan, di Russia perkhidmatan menyewa jet peribadi ditawarkan untuk sesi Instagram.

Syarikat Private Jet Studio menawarkan jet peribadi Gulfstream G650 sebagai studio mengambil gambar yang memberikan ilusi pelanggan terdiri dari golongan berharta. Mereka boleh menyewa jet, jurusolek dan jurugambar untuk sesi bergambar profesional pada kadar 14,000 Roubles (~RM 1028) sejam. Terdapat juga pakej hanya menyewa jet pada kadar 11,000 Roubles (~RM 807).

Mempunyai pengikut yang ramai di media sosial kini menjadi aset penting bagi mereka yang ingin menjadi insan berpengaruh. Pelbagai produk kemudian boleh dipaparkan di susur masa dengan bayaran dari pengiklan. Di dalam situasi sebegini, membelanjakan RM1028 untuk sesi penggambaran adalah pelaburan yang baik.


Komen ()