HTC sedia menjadualkan acara pelancaran produk baru mereka pada 2 November kelak. Kini, bersempena dengannya, HTC telah hadir dengan gambar acah untuk acara berkenaan, dan memperlihatkan secara kasar peranti yang bakal dilancarkan.
Daripada gambar yang dipertontonkan, ia memperlihatkan penggunaan satu kamera di belakang, dan menyertakan pengimbas cap jari dibelakang. Secara kasar, ia seumpama peranti HTC U11+ yang tertiris baru-baru ini.
Pihak HTC masih tidak mengatakan apakah peranti yang bakal dilancarkan. Namun, beberapa desas-desus sebelum ini mengatakan ia mungkin adala HTC U11 Life. Namun, mengikut gambar tertiris sebelum ini, peranti berkenaan menyertakan pengimbas cap jari dihadapan.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 2 November ini untuk melihat sendiri apakah kejutan daripada pihak HTC kelak.
You’ll see it all on 11.02.2017. pic.twitter.com/vzYtKVdjK5
— HTC (@htc) October 24, 2017