Apple melalui iPhone 8 sedia menyokong pengecasan tanpa-wayar melaluinya, dan kini dalam usaha untuk terus menambah kepakaran dalam arena berkenaan, Apple telah mengambil-alih salah satu firma memfokuskan pengecasan tanpa-wayar yang dinamakan PowerbyProxi.
Melalui pengambil-alihan ini, Apple mengatakan yang mana pasukan berkenaan akan melengkapkan Apple dalam membangunkan masa hadapan pengecasan tanpa-wayar. Firma PowerbyProxi ini turut membangunkan modul khusus yang menambah sokongan pengecasan tanpa-wayar sehingga 100-watt dan beberapa ciri-ciri tambahan secara tanpa-wayar ke peranti besar seperti robot, dron serta sebagainya.
Dengan perkembangan ini, dan perancangan Apple sendiri yang ingin hadir dengan AirPower – tidak mustahil kita melihat sokongan pengecasan tanpa-wayar pada iPad dan juga Mac.