Ubuntu 18.04 LTS Akan Dikenali Sebagai Bionic Beaver – Bakal Dilancarkan April 2018

Ubuntu 18.04 LTS Akan Dikenali Sebagai Bionic Beaver – Bakal Dilancarkan April 2018

Diterbitkan pada Okt 25, 2017 oleh .

Canonical telah pun melancarkan Ubuntu 17.10 pada minggu lepas, dan kini bergerak kehadapan, Mark Shuttleworth telah pun mengumumkan nama untuk versi Ubuntu yang akan datang.

Mark Shuttleworth mengatakan Ubuntu 18.04 LTS bakal dikenali dengan nama Bionic Beaver. Bagi anda yang tidak mengikuti perkembangan Ubuntu, mereka sering menggunakan nama berasaskan abjad – dan sebelum ini mereka telah mencapai penggunaan abjad “Z”. Versi Ubuntu 17.10 mengitar semula dan bermula kembali daripada abjad “A”.

Info lanjut mengenai ciri-ciri Ubuntu 18.04 LTS masih belum diketahui lagi. Ubuntu 18.04 LTS dengan sokongan jangka masa-panjang ini bakal dilancarkan dalam tempoh sekitar 6 bulan lagi, iaitu pada April 2018.


TIPS & ULASAN