Asus Zenfone 4 ZE554KL telah dilancarkan pada penghujung Ogos yang lalu. Bagi yang mahu memilikinya di Malaysia, ia mula dijual hari ini pada harga RM 2099 sebuah.

Asus Zenfone 4 ZE554KL yang dilengkapi skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan HD penuh, dilengkapi cip pemproses Snapdragon 630, memori 6GB RAM dan ruangan storan 64GB. Ia menggunakan dwi-kamera belakang yang menggabungkan 12+8 Megapixel f/1.8 dipadankan dengan kamera hadapan 8 Megapixel f/2.2. Melengkapkan telefon pintar ini adalah penggunaan Android Nougat dengan antaramuka ZenUI 4.0. dan bateri sebesar 3300 mAh.