Perodua Sedang Mengkaji Untuk Menghasilkan Kenderaan Elektrik

Perodua Sedang Mengkaji Untuk Menghasilkan Kenderaan Elektrik

Diterbitkan pada Okt 25, 2017 oleh .

Kenderaan elektrik semakin mendapat tempat di pasaran sehingga pengeluar ternama seperti BMW bercadang menghasilkan kenderaan hibrid elektrik sahaja menjelang 2o20. Di Malaysia pengeluar kenderaan nasional kedua Perodua sedang mengkaji untuk menghasilkan kenderaan elektrik mereka sendiri.

Ini diumumkan oleh timbalan presiden Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad di Pameran Kereta Tokyo yang sedang berlangsung. Walaubagaimanapun penghasilan kenderaan ini bergantung kepada kajian pasaran terutamanya dari segi kos dan kemampuan pengguna. Beliau menegaskan buat masa ini pihak Perodua akan memberikan tumpuan memaksimumkan sepenuhnya potensi enjin konvensional dan enjin cekap tenaga (EEV) bagi memastikan penggunaan minyak yang lebih optimum.


TIPS & ULASAN