Mitsubishi Evolution ialah kereta yang mempunyai tahap kultus di dalam sukan permotoran selepas menjadi juara WRC beberapa kali di akhir dekad 90an. Ketika kemuncak kepopularan, terdapat ramai pemilik Proton Wira mengubahsuai kenderaan untuk kelihatan seperti sebuah Mistubishi Evo. Sesuai dengan nama Evolution, ia kini sudah berevolusi menjadi kenderaan elektrik.
Di Pameran Kenderaan Tokyo, konsep Mitsubishi e-Evolution telah diperlihatkan. Rekaannya tidak lagi kelihatan seperti sebuah kereta lumba rally tetapi lebih menyerupai sebuah SUV. Kenderaan ini dilengkapi tiga motor elektrik, dua di belakang dan satu di hadapan.
Sistem elektronik pintar mengesan perubahan permukaan jalan raya dan membekalkan kuasa berbeza pada tayar bagi pemanduan paling optimum. Kerana ia masih lagi sebuah konsep, tiada maklumat mengenai kuasa dan perancangan untuk menjadikannya realiti buat masa ini.