Cari @ Amanz

Microsoft kini akhirnya berkongsi mengatakan yang mana mereka telah menghentikan pengeluaran Kinect – salah satu aksesori yang dibangunkan untuk Xbox Kinect, hadir dengan sokongan kamera yang boleh merakamkan gerakan pengguna.

Sejak dilancarkan pada 2010 yang lepas, ia telah terjual sekitar 35 juta unit diseluruh dunia.

Kini, Microsoft tidak lagi mengeluarkannya, tetapi mengatakan teknologi disebaliknya akan terus dibangunkan dan diintegrasikan pada pelbagai produk Microsoft.

Sebagai contoh, teknologi Kinect kini sedia hadir pada Hololens yang menawarkan pengalaman realiti-gabungan. Disamping itu, sebahagian teknologinya turut digunakan pada kamera Windows Hello.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd