Nokia Beta Labs Kini Membolehkan Anda Menguji Android 8.0 Oreo Pada Nokia 8

Nokia Beta Labs Kini Membolehkan Anda Menguji Android 8.0 Oreo Pada Nokia 8

Diterbitkan pada Okt 25, 2017 oleh .

Nokia Beta Labs merupakan salah satu program yang mungkin dikenali oleh ramai pengikut Nokia sejak beberapa tahun lepas. Dulu, Nokia sering menggunakan Beta Labs dalam menguji pelbagai aplikasi dan ciri baru untuk peranti-peranti mereka.

Nokia 8 Oreo

Terkini, program berkenaan kembali semula, dan kini melalui Nokia Beta Labs, pihak HMD Global membolehkan pengguna menguji Android 8.0 Oreo pada Nokia 8 sebelum ia dilancarkan kepada umum.

Android 8.0 Oreo merupakan sistem operasi versi terkini yang menawarkan beberapa ciri-ciri baru untuk pengguna – termasuk sokongan Picture-in-Picture, Notification Dots, sokongan sekuriti lebih baik, dan sebagainya.

Bagi anda yang menggunakan Nokia 8, boleh mendaftar minat untuk mencuba Oreo hari ini. Pihak Nokia turut mengatakan ujian sama akan turut ditawarkan untuk pengguna Nokia 3, 5 dan 6 tidak lama lagi.

Layari : Nokia Beta Labs


TIPS & ULASAN