Cari @ Amanz

Semalam, kita telah mendengar mengenai laporan yang mengatakan Apple mungkin merendahkan tahap kejituan dan piawaian pengimbas wajah Face ID pada iPhone X bagi meningkatkan kadar pengeluaran telefon pintar berkenaan.

Bergerak pantas, kini Apple mengeluarkan kenyataan dan mengatakan laporan berkenaan adalah tidak benar.

Apple menambah mengatakan Face ID adalah salah satu sistem pengesahan yang selamat dan berkuasa. Kadar kejituaan dan kualiti Face ID tidak dikurangkan, dan menyasarkan Face ID akan menjadi salah satu piawaian baru untuk pengesahan sekuriti.

Face ID menggunakan kamera 3D khusus yang memancar sekitar 30,000 titik infra merah untuk mengenalpasti identiti pengguna. Kecanggihannya membuatkan pengeluaran sensor ini sedikit mencabar – sekaligus memberikan kesan terhadap kadar pengeluaran iPhone X.

Apple bertindak pantas mengeluarkan kenyataan ini kerana mereka akan memulakan jualan iPhone X dibeberapa buah negara pada awal November ini – dan semestinya mereka tidak inginkan laporan tidak tepat memberikan impak terhadap jualan mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd