Peranti Tahan Lasak Ruggear Secara Rasmi Memasuki Pasaran Malaysia

Peranti Tahan Lasak Ruggear Secara Rasmi Memasuki Pasaran Malaysia

Diterbitkan pada Okt 26, 2017 oleh .

Peranti pintar di pasaran kini dilengkapi skrin tahan lasak kaca Gorilla dan kemampuan kalis air serta debu IP68. Tetapi bagi pengguna yang bekerja di industri pembinaan misalnya, peranti-peranti ini masih belum memenuhi keperluan mereka. Oleh itu peranti yang direka dengan ketahanan lebih tinggi diperlukan.

Ruggear ialah pengeluar yang menghasilkan peranti yang direka dengan tahap tahan lasak lebih tinggi. Mereka kini secara rasmi memasuki pasaran Malaysia dengan pelancaran tiga peranti RG160, RG310, dan RG730. Ketiga-tiga peranti yang menggunakan sistem operasi Android ini mampu bertahan suhu ekstrem (-20 sehingga 60 darjah celcius), kalis air, kalis debu, tekanan dan gegaran yang tingi.


TIPS & ULASAN