Cari @ Amanz

Nik Collections merupakan salah satu penyedia pelbagai pemalam untuk perisian bagi penyuntingan gambar yang digunakan oleh para jurugambar seluruh dunia. Melalui Nik Collections, mereka menyediakan pelbagai pemalam untuk digunakan pada Photoshop dan Lightroom.

Pada awalnya, ia ditawarkan secara berbayar – dan kemudian ia diambil-alih oleh Google, serta telah mula ditawarkan secara percuma kepada pengguna. Snapseed yang popular dikalangan pengguna peranti mudah-alih juga merupakan sebahagian daripada pengambil-alihan dan masih ditawarkan secara percuma kepada pengguna.

Google sebelum ini telah mengatakan Nik Collections akan ditamatkan pembangunannya, sementara Snapseed diteruskan seperti biasa dibawah Google.

Kini, lanjutan daripadanya, Nik Collections dilihat akan diberi nafas baru. DxO yang popular dengan ujian penanda aras untuk kamera kini mengumumkan mereka akan mengambil-alih Nik Collections daripada Google, dan akan meneruskan pembangunan untuknya.

Buat masa ini, pemalam Nik Collection masih ditawarkan secara percuma, dan anda yang berminat boleh mendapatkannya daripada laman baru Nik Collection hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd