Cari @ Amanz

Beberapa hari lalu, kad-kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1070 Ti dilihat hadir didalam senarai jualan beberapa laman web di serata dunia. Beberapa daripadanya hadir dengan imej produk, tetapi ada juga yang masih tidak mempunyai sebarang gambaran.

Kini, kad-kad grafik GTX 1070 Ti daripada beberapa jenama komponen terkemuka, termasuklah Palit, MSI dan juga ZOTAC telahpun tertiris ke arena web melalui VideoCardz.

MSI akan hadir dengan lima kad grafik GTX 1070 Ti baru, dan dua daripadanya, iaitu MSI GTX 1070 Ti Gaming dan juga MSI GTX 1070 Ti Armor dapat dilihat di sini, mengekalkan rekaan penyejuk berwarna merah dan hitam-putih dari kedua-dua model ini.

Dua kad grafik penyejuk khusus PALIT juga ditunjukkan, iaitu PALIT GTX 1070 Ti Dual-Fan dan juga Palit GTX 1070 Ti JetStream Edition. Model Dual-Fan, seperti yang tertera pada namanya, hadir dengan dua kipas penyejuk, manakala model JetStream pula hadir dengan rangka penyejuk aluminum yang membantu menyejukkan GPU dengan lebih mudah.

Dari ZOTAC pula, kad grafik ZOTAC GTX 1070 Ti AMP! Extreme Edition dan ZOTAC AMP! Edition dapat dilihat. Seperti biasa, kad grafik ZOTAC AMP! Extreme hadir dengan penyejuk tiga-slot dan tiga kipas, manakala ZOTAC AMP! Edition pula hadir dengan dua kipas.

Kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1070 Ti ini dikatakan akan hadir di pasaran dunia pada hujung bulan ini, dan jika anda inginkan sebuah kad grafik yang cukup berkuasa pada harga yang tidak terlalu mahal.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd