Cari @ Amanz

Jun lalu Vivo memperlihatkan teknologi pengimbas cap jari yang terbina pada skrin peranti. Sistem yang dibangunkan oleh Qualcomm ini walaubagaimanapun didapati lebih perlahan berbanding pengimbas jari sedia ada. Oleh itu produk Vivo yang dilancarkan setakat ini masih tidak menggunakan pengimbas jari terbina skrin. Ia mungkin akan hanya digunakan pada Vivo Xplay7 yang bakal dilancarkan tahun hadapan.

Dokumen pembentangan dalaman Vivo Xplay7 tertiris ke arena web dan menunjukkan rekaannya. Jelas kelihatan skrin nirbingkai dengan luas permukaan yang lebih besar. Pada bahagian bawah terdapat sistem imbasan cap jari terbina skrin. Sistem dwi-kamera pula terletak pada bahagian belakang dan hadapan.

Pada bahagian hadapan dwi-kamera selfie dikelilingi skrin. Ini berbeza dengan rekaan takuk besar pada bahagian atas skrin iPhone X. Turut tertiris ialah ia bakal dijana menggunakan pemproses Snapdragon 845, memori sebesar 8GB dam kamera menggunakan

Imej pengolokan ini mungkin hanya rekaan konsep awal memandangkan peranti ini hanya dijangka dilancarkan tahun hadapan. Tetapi telah kelihatan visi rekaan yang ingin digunakan oleh Vivo sepanjang 2018. Pada waktu yang sama ini juga akan menjadi templat kepada rekaan peranti Oppo dan OnePlus kerana ketiga-tiga peranti akan mengitar semula rekaan yang sama dengan hanya pertukaran spesifikasi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd