Rekaan iPhone X ialah perubahan paling mendadak pernah diberikan pada iPhone sejak dilancarkan pada tahun 2017. Appel akur dengan kehendak pasaran yang kini memerlukan peranti nirbingkai kerana ia sudah mula digunakan meluas pada peranti Android. Apakah terjadi sekiranya rekaan iPhone X ini digunakan pada kesemua produk keluaran Apple?
Laman Curved menjawab persoalan ini dengan menghasilkan imej pengolokan kosep MacBook, iMac, Apple Watch dan iPad dengan skrin nirbingkai iPhone X. Hasilnya agak bercampur baur. Pada iMac, MacBook dan Apple Watch kami merasakan rekaannya kelihatan menarik. Pada iPad ia kelihatan canggung kerana tiada tempat untuk memegang serta takuk kamera Face ID pada bahagian sisi. Apa pula pendapat anda tentang konsep ini?