ICafe The Pantheon Kini Dibuka – Memfokuskan Pembangunan E-Sukan Di Malaysia

ICafe The Pantheon Kini Dibuka – Memfokuskan Pembangunan E-Sukan Di Malaysia

Diterbitkan pada November 8, 2017 oleh .

Dengan pertandingan-pertandingan yang menjanjikan sejumlah wang yang lumayan hampir setiap minggu, nampaknya aktiviti e-sukan sedang naik dengan mendadak di Malaysia.

Kebiasaannya, pertandingan-pertandingan ini memerlukan kos yang cukup besar, terutama sekali untuk menyewa peralatan seperti komputer, kerusi meja, lokasi dan sebagainya, dan ini sering perlu dilakukan melalui urusan dengan pelbagai pihak.

The Pantheon ialah sebuah ICafe yang baru sahaja dibuka di pusat membeli-belah OneCity, yang merupakan ICafe pertama di Malaysia yang diberi pengiktirafan kelas Platinum oleh syarikat pembuat cip grafik NVIDIA.

ICafe The Pantheon ini hadir dengan komputer-komputer desktop berkuasa dari jenama-jenama seperti Acer, ASUS, Dell, HP dan Lenovo, dan mereka juga berpeluang menguji teknologi-teknologi seperti paparan 240Hz yang menyokong teknologi GSYNC dan sebagainya.

Selain daripada komputer, The Pantheon juga mempunyai peralatan-peralatan seperti kokpit simulasi lumba kereta, kawasan konsol PlayStation 4 oleh Kitamen, dan juga kawasan realiti maya yang dikuasakan oleh HTC Vive dan juga treadmill Virtuix Omni.

The Pantheon juga hadir dengan kelengkapan untuk menghoskan pertandingan e-sukan, menstrimkannya kepada laman web dan juga sebuah Auditorium yang boleh menempatkan peminat-peminat e-sukan didalam kafe itu sendiri. Dibuka pada 29 September yang lepas, The Pantheon telahpun menganjurkan beberapa pertandingan e-sukan seperti pusingan kelayakan The Major League oleh Celcom dan NVIDIA GeForce eSports Xtreme Tournament.

Ini ialah tanda harga untuk pelbagai zone yang boleh anda lawati di iCafe The Pantheon.

  • PC Experience Zone RM5 sejam
  • Premium PC Zone – RM7 sejam
  • Racing Simulator Zone – RM30 sejam
  • VR Zone – RM50 setiap 30 minit
  • PS4 Zone – percuma dengan pembelian makanan dan minuman melebihi RM5.

TIPS & ULASAN