Bento Stack – Bekas Aksesori Lengkap Untuk Pengguna Tegar Apple

Bento Stack – Bekas Aksesori Lengkap Untuk Pengguna Tegar Apple

Diterbitkan pada Okt 26, 2017 oleh .

Aksesori yang menarik ialah antara sebab mengapa ramai memilih produk keluaran Apple. Dari pengalaman peribadi, pengguna Apple akan memiliki lebih daripada satu produk kerana ia sebuah ekosistem yang melengkapi satu sama lain. Bagi golongan ini, Bento Stack ialah bekas aksesori lengkap yang direka khas untuk mereka.

Bekas aksesori bertingkat seperti bekas makanan bento Jepun ini boleh menyimpan pengecas Macbook, iPhone, iPad, Apple Pencil, Apple Watch, kabel, penyesuai, fon telinga dan tali tambahan Apple Watch. Kesemuanya dapat disusun dengan teratur di dalam Bento Stack. Tiga pilihan warna diberikan iaitu Rose Gold, Silver dan Space Gray. Ia kini mengumpul dana menerusi Indiegogo dan boleh dipesan pada harga bermula $38 (~RM 161) sebuah.


TIPS & ULASAN