Cari @ Amanz

Fungsi menghadiahkan permainan di Steam sudah diperkenalkan sejak beberapa tahun dahulu. Kini, Steam baru sahaja mengumumkan fungsi terbarunya iaitu kebolehan untuk menghadiahkan Steam Wallet terus kepada pengguna Steam lain.

Untuk menggunakan fungsi, anda boleh ke laman Steam ini dan memilih pilihan nilai Steam Wallet yang anda ingin hadiah kepada pengguna lain Steam lain. Nilai Steam Wallet yang anda boleh hadiahkan bermula RM15, RM30, RM75, RM150 dan RM300.

Steam Digital

Walaubagaimanapun, untuk menggunakan fungsi ini, anda dan pengguna steam yang anda ingin hadiahkan mestilah berkawan di Steam melebihi 3 hari. Anda juga tidak boleh menghadiahkan nilai Steam Wallet yang sedang berada di akaun anda sendiri.

Jika kawan anda berada di negara yang lain juga, Steam akan menukar mata wang tersebut secara automatik selepas anda menghadiahkan Steam Wallet tersebut. Anda juga boleh meninggal mesej khas ketika anda menghadiahkan Steam Wallet tersebut seperti mana fungsi menghadiahkan permainan melalui Steam.

Artikel ini telah diterbitkan di Aksiz terlebih dahulu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd