Carian
Samsung Membuka Galaxy Studio Di Kuala Lumpur Sehingga Januari 2018
October 26, 2017 Aman

Samsung Galaxy Studio adalah kedai sementara Samsung yang dibuka di beberapa lokasi seluruh dunia – membolehkan pengguna mendapatkan pengalaman awal mencuba sejumlah produk keluaran terkini daripada Samsung. Terkini, Galaxy Studio akhirnya turut diperkenalkan di Malaysia untuk tempoh antara hari ini sehingga ke bulan Januari 2018 kelak.

Galaxy Studio KL

Antara produk yang dipertontonkan adalah termasuk Galaxy Note 8, Gear VR, Gear 360, Gear Sport, Gear IconX dan beberapa produk baru yang lain.

Beberapa aktiviti turut disediakan, termasuk berbasikal maya untuk menguji Gear Fit 2 Pro, selain mencuba Gear VR melalui kerusi khusus.

Bagi anda yang berminat, boleh ke Galaxy Studio berhadapan dengan Lot 10, Kuala Lumpur.

Galaxy Studio KL

Komen