Xiaomi Bakal Melancarkan Telefon Pintar Memfokuskan Selfie

Xiaomi Bakal Melancarkan Telefon Pintar Memfokuskan Selfie

Diterbitkan pada Okt 26, 2017 oleh .

Xiaomi kini telah hadir dengan sebuah teaser baru, memperlihatkan yang mana mereka bakal melancarkan telefon pintar baru di India pada 2 November ini. Melalui beberapa teaser yang dikongsikan, Xiaomi memperlihatkan yang mana telefon pintar ini akan memfokuskan kepada ciri selfie.

Xiaomi Selfie

Peranti memfokuskan selfie bukan sesuatu yang baru. Sebelum ini kita telah melihat penawaran telefon pintar memfokuskan selfie daripada Asus, Vivo dan juga Oppo. Dengan permintaan untuknya yang tinggi di Asia, tidak mengejutkan untuk melihat Xiaomi turut menyertai arena sama.

Buat masa ini, info penuh mengenainya masih tidak diketahui lagi. Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN