Brightstar Malaysia merupakan pengedar rasmi produk OnePlus di Malaysia. Hari ini, mereka turut mengumumkan pengenalan kedai atas-talian rasmi untuk pengguna tempatan melalui platform Shopee dan hasil kerjasama RedClick Online.
Melalui apa yang dipanggil sebagai OnePlus Authorised Online Shop, kini pengguna dengan mudah boleh mendapatkan pelbagai produk OnePlus rasmi – termasuk telefon pintar dan juga aksesori untuknya.
Antara yang ditawarkan adalah termasuk telefon pintar OnePlus 3T, OnePlus 5, kerangka luaran OnePlus, dan juga kabel pengecas Dash Charge.
Bagi anda yang menggunakan atau berminat untuk mendapatkan produk OnePlus, boleh menyemak penawaran melalui OnePlus Authorised Online Shop ini, dan mendapatkan produk asli OnePlus tanpa ragu-ragu.
- Layari : OnePlus Authorised Online Shop