Pendengaran Semula Kes Apple Dan Samsung Dijadualkan Pada Mei 2018

Pendengaran Semula Kes Apple Dan Samsung Dijadualkan Pada Mei 2018

Diterbitkan pada Okt 27, 2017 oleh .

Kes Apple melawan Samsung di mahkamah bukan sesuatu yang baru, dan telah berlaku sejak 2011 yang lepas.

Apple pada awalnya telah memenangi kes berkenaan, mengatakan Samsung meniru beberapa paten yang dimiliki oleh Apple, dan dianugerahkan dengan bayaran sebanyak $1 bilion daripada Samsung. Walaubagaimanapun, Samsung telah membuat rayuan untuk mengurangkan kos yang perlu dibayar mereka.

Apple vs Samsung

Pada awalnya, kos bayaran berkenaan ditentukan berdasarkan kepada keuntungan keseluruhan oleh Samsung pada peranti yang melanggar paten Apple berkenaan. Namun, Samsung membuat rayuan mengatakan yang mana amaun perlu dibayar adalah perlulah berdasarkan sesuatu komponen yang melanggarnya dan bukan keseluruhan keuntungan mereka.

Mahkamah di Amerika Syarikat berkaitan kini menjadualkan untuk mendengar semula kes berkenaan antara 14 Mei hingga 18 Mei 2018 kelak.


TIPS & ULASAN