WhatsApp Mula Menawarkan Ciri Memadam Mesej Yang Tersilap Hantar

WhatsApp Mula Menawarkan Ciri Memadam Mesej Yang Tersilap Hantar

Diterbitkan pada Okt 27, 2017 oleh .

Bermula hari ini, pihak WhatsApp akhirnya telah mula memperkenalkan ciri memadam mesej yang tersilap hantar untuk pengguna Android, iPhone dan juga Windows Phone seluruh dunia.

Melalui ciri ini, anda boleh memilih sebarang mesej yang tersalah hantar – dan memadamkannya.

WhatsApp Delete

WhatsApp mengatakan yang mana sesuatu yang tersalah hantar perlulah dipadamkan dalam tempoh kurang 7 minit. Selepas tempoh berkenaan, anda tidak boleh memadamkannya lagi.

Mesej yang telah dipadam akan digantikan dengan mesej “This Message Was Deleted” – termasuk pada bahagian notifikasi.

Untuk memastikan ia berfungsi dengan lancar, anda dan penerima mesej berkenaan perlulah menggunakan versi WhatsApp Messenger yang terkini.

Pengenalan ciri ini adalah secara berperingkat, dan mungkin mengambil masa beberapa minggu sebelum anda menerimanya. Sekiranya anda telah menerima ciri ini, apabila anda memilih untuk memadamkan sesuatu mesej – anda akan diperlihatkan dengan dua pilihan. Pertama adalah “Delete For Everyone” yang akan memadam mesej berkenaan pada penerimanya. Yang kedua adalah “Delete for Me” yang mana akan memadam mesej pada peranti anda sahaja.

Bagi anda, adakah anda telah menerima ciri memadam mesej ini?

WhatsApp Delete


TIPS & ULASAN