Carian
Oppo F5 Kini Rasmi – Dilengkapi Skrin 18:9, Kamera Swafoto 20MP AI
October 27, 2017 Effi Saharudin

Tinggal hanya beberapa hari sahaja lagi sebelum Oppo F5 dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Beberapa imej dan video acah telah dikongsi oleh pihak Oppo sendiri bagi menarik minat pengguna di Malaysia. Oppo kini, terlebih dahulu telah melancarkan telefon pintar berkenaan di pasaran Filipina, sekaligus memperlihatkan pelbagai ciri-ciri dan spesifikasi yang dibawakan olehnya.

Oppo F5 dilengkapi skrin 6″ TFT HD penuh, dijana pemproses MediaTek Helio P23 (MT6763T), memori sebesar 4/6 GB dan storan 32/64 GB. Terdapat sokongan untuk kad mikroSD sehingga 256GB. Slot kad mikroSD ini tidak berkongsi dengan dua slot SIM nano.

Kamera utama sebesar 16-Megapixel f/1.8 dan kamera selfie pula sebesar 20-Megapixel f/2.0. Kamera selfie ini mampu mengambil gambar mod potret dengan bokeh menggunakan sistem kecantikan kecerdasan buatan. Peranti ini masih lagi menggunakan Android 7.1 dengan pelancar ColorOS 3.2. Akhir sekali bateri sebesar 3200 mAh digunakan.

Oppo juga turut menyertakan sokongan Facial Unlock, membolehkan pengguna untuk mengakses peranti ini menggunakan sokongan pengecaman wajah.

Di Filipina harga jualan Oppo F5 bermula dari FP 15,990 (~RM 1308).

Komen