Apple Dilaporkan Mengambil Alih Syarikat Sensor Kamera InVisage

Apple Dilaporkan Mengambil Alih Syarikat Sensor Kamera InVisage

Diterbitkan pada Okt 27, 2017 oleh .

Tahun ini Apple tampak lebih serius dalam menghasilkan peranti dengan kemampuan kamera yang terbaik di pasaran. Hasilnya ialah iPhone 8 Plus dinobatkan sebagai antara tiga peranti dengan kemampuan kamera terbaik menurut DXOMark. Kemampuan kamera iPhone mungkin akan dipertingkatkan lagi kerana Apple dilaporkan mengambil alih syarikat pengeluar sensor kamera InVisage.

InVisage membangunkan teknologi Quantum Film pada sensor kamera. Lapisan Quantom Film berteknologi nano ini membolehkan setiap pixel menangkap tiga kali ganda maklumat HDR berbanding sensor biasa. Ini akan membuatkan gambar lebih terang, warna lebih hidup dan imej lebih tajam. Teknologi ini turut dapat menyelesaikan masalah rolling shutter ketika mengambil video.

Apple tidak mengumumkan pembelian ini tetapi pekerja InVisage didapati mengubah maklumat tempat kerja mereka ke Apple di laman LinkedIN. Urusan pengambil alihan ini dipercayai dilakukan Julai tahun ini menurut dua sumber.


TIPS & ULASAN