Carian
AMD
Komputer Riba Menggunakan AMD Ryzen Mobile APU Diumumkan – Dari Acer, HP Dan Lenovo
October 27, 2017 Nazrin

Sambungan daripada pengumuman AMD mengenai APU terbaru mereka, AMD Ryzen Mobile, beberapa syarikat pembuat laptop telahpun mengumumkan bahawa mereka akan menggunakan APU Ryzen Mobile tersebut didalam laptop-laptop mereka.

Syarikat-syarikat ini termasuklah Acer, ASUS, Lenovo, HP dan sebagainya, dan di dalam dek persembahan AMD, terdapat beberapa model laptop yang sudahpun disahkan akan hadir dengan APU baru tersebut.

Pertama ialah Lenovo IdeaPad 720S. Laptop ini bakal hadir dengan paparan bersaiz 13.3 inci dengan resolusi Full HD, pilihan AMD Ryzen 7 2700U dan AMD Ryzen 5 2500U dan juga storan SSD NVMe sebesar 512GB.

Laptop kedua yang dilihat merupakan HP Envy X360 yang akan dilengkapi dengan APU AMD Ryzen 5 2500U, sokongan RAM sehingga 8GB dan juga storan SSD sebesar 256GB. Laptop ini juga boleh dikatakan laptop boleh-lipat yang pertama diumumkan akan menggunakan APU ini.

Acer Swift 3 yang baru sahaja menerima kemaskini kad grafik NVIDIA GeForce MX150 tempohari juga akan hadir dengan piliihan kedua-dua AMD Ryzen 7 2700U dan AMD Ryzen 5 2500U, sokongan RAM sehingga 8GB dan juga storan SSD sebesar 256GB.

Kami telahpun mengemukakan soalan mengenai ketibaan laptop-laptop ini di pasaran Malaysia, tetapi buat masa ini, hanya pihak Acer Malaysia yang mengesahkan bahawa ia akan memasuki pasaran tempatan, walaupun tiada tarikh khusus diberikan.

Buat masa ini, apa yang pasti ialah laptop-laptop dengan APU Ryzen mobile ini hanyalah akan mula dijual pada awal tahun hadapan. Kebarangkalian juga tinggi bahawa kita akan melihat lebih banyak laptop-laptop ini di acara CES di Las Vegas tahun hadapan.

Komen