Carian
Kebenaran Menggunakan Kamera Pada Aplikasi iOS Boleh Merakam Anda Tanpa Pengetahuan
October 27, 2017 Aman

Bagi anda yang menggunakan iPhone atau iPad, mungkin sedia maklum akan ciri privasi yang memerlukan anda memberikan kebenaran pada sesuatu aplikasi sebelum menggunakan beberapa ciri-ciri seperti GPS, kamera dan sebagainya.

Kini, salah seorang jurutera dari Google mendapati yang mana kebenaran yang diberikan untuk sesuatu aplikasi boleh disalah-gunakan. Sebagai contoh, sekiranya anda memberikan akses kepada sesuatu aplikasi tersebut untuk mengakses kamera – ia secara tidak langsung turut membolehkan aplikasi berkenaan mengaktifkan kamera tanpa pengetahuan anda dan merakamkan menggunakan kamera hadapan dan belakang.

Daripada demo yang dipertontonkan, pengguna memberikan akses kepada sebuah aplikasi laman sosial untuk mengakses kamera. Seterusnya, aplikasi tersebut juga berupaya untuk merakamkan pelbagai gambar hadapan pengguna berkenaan – selain melakukan siaran langsung tanpa pengetahuan pengguna tersebut sendiri.

Disamping itu, menggunakan kamera juga, sesuatu aplikasi boleh membuat pengecaman wajah dan mengenal-pasti reaksi dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, memandangkan Apple sering melakukan pemantauan dan menguji setiap aplikasi sebelum diterbitkan membolehkan kadar ancaman sekuriti disebabkan oleh perkara ini sedikit rendah.

Sebelum ini sendiri, beberapa laporan telah hadir mengatakan Uber turut boleh memantau lokasi pengguna walaupun telah tamat pemanduan menggunakan Uber.

Menurut jurutera berkenaan, untuk mengelakkan kamera diakses tanpa pengetahuan, beberapa kaedah boleh digunakan – termasuk memberikan kebenaran sementara, atau memaparkan ikon kamera pada bar status ketika ia diakses aplikasi.

Komen