YouTube Kini Mencatatkan Masa Tontonan Selama 100 Juta Jam Sehari Melalui Televisyen

YouTube Kini Mencatatkan Masa Tontonan Selama 100 Juta Jam Sehari Melalui Televisyen

Diterbitkan pada Okt 28, 2017 oleh .

YouTube sering diperkatakan sebagai salah satu musuh kepada saluran televisyen biasa. Kini, nampaknya perkara berkenaan benar-benar berlaku. Selain daripada pada komputer dan peranti mudah-alih, YouTube kini mencatatkan peningkatan dari segi masa tontonan pada kaca televisyen.

Seperti ramai sedia maklum, televisyen kini dilengkapi dengan sokongan internet untuk mengakses perkhidmatan seperti YouTube, dan tidak kurang juga dengan melalui set kotak khusus, serta konsol permainan.

Menurut CEO Google, YouTube kini mencatatkan masa tontonan selama 100 juta jam setiap hari melalui kaca televisyen.

Angka ini boleh dikatakan masih suatu angka yang kecil untuk YouTube, dan mungkin akan terus meningkat dengan drastik pada tahun-tahun akan datang.

YouTube sebelum ini telah mengumumkan yang mana perkhidmatan mereka mencatatkan berbilion jam masa tontonan setiap hari, dan majoritinya berlaku melalui peranti mudah-alih pengguna.

Bagi anda sendiri, apakah peranti yang lebih digunakan anda untuk menonton video dari YouTube? Adakah komputer, telefon pintar, tablet ataupun melalui kaca televisyen?


TIPS & ULASAN