Sony Mengumumkan Xperia R1 Dan Xperia R1 Plus – Peranti Berspesifikasi Rendah-Pertengahan

Sony Mengumumkan Xperia R1 Dan Xperia R1 Plus – Peranti Berspesifikasi Rendah-Pertengahan

Diterbitkan pada Okt 28, 2017 oleh .

Sony kini telah melancarkan dua telefon pintar baru untuk pasaran India, dinamakan sebagai Xperia R1 dan juga Xperia R1 Plus. Kedua-duanya hadir dengan perbezaan yang sangat kecil, serta dilengkapi dengan spesifikasi rendah-pertengahan.

Sony Xperia R1

Xperia R1 hadir dengan skrin 5.2-inci 720p, dijana menggunakan cip Snapdragon 430, memori 2GB RAM, dan ruangan storan 16GB dengan sokongan mikro-SD. Ia menggunakan pengecas berasaskan USB-C untuk mengecas bateri berkapasiti 2620mAh.

Melengkapkan telefon pintar ini adalah kamera belakang 13-megapixl, serta kamera selfie 8-megapixel. Variasi dengan memori 3GB RAM serta 32GB storan pula dinamakan sebagai Xperia R1 Plus.

Sony Xperia R1

Buat masa ini, peranti ini hanya diumumkan untuk pasaran India sahaja, dan tidak diketahui lagi sama ada akan diperluaskan ke pasaran global atau sebaliknya.

Di India, ia dijual pada harga bermula INR 13,990, iaitu sekitar RM912 mengikut kadar tukaran mata wang semasa.


TIPS & ULASAN