Gambar Acah Baru Daripada HTC Memperlihatkan Peranti Dengan Rekaan Nirbingkai
HTC

Gambar Acah Baru Daripada HTC Memperlihatkan Peranti Dengan Rekaan Nirbingkai

Diterbitkan pada Okt 28, 2017 oleh .

HTC sedia menjadualkan pengenalan telefon pintar baru mereka pada 2 November 2017 ini. Bersempena dengannya, mereka telah hadir dengan beberapa gambar acah baru untuk memberikan pengguna gambaran berkaitan peranti yang bakal dilancarkan.

Selepas memperlihatkan bahagian belakang peranti berkenaan secara kasar, kini HTC turut memperlihatkan gambar acah baru yang mempertontonkan bahagian hadapan telefon pintar berkenaan.

HTC 2 November

Daripada apa yang ditunjukkan, ia memperlihatkan rekaan nirbingkai pada bahagian tepi, dan bahagian bawah yang sangat nipis bahagian tepinya.

Pelbagai desas-desus mengatakan telefon pintar yang bakal dilancarkan ini adalah HTC U11+.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkongsian lanjut HTC berkaitan telefon pintar baru ini.


TIPS & ULASAN